Berhati-hati Dengan Komen Pembaca

Kepada semua blogger, saya ingin berpesan supaya anda berhati-hati dengan komen pembaca.

Pertama sekali, pilih setting untuk moderate comment terlebih dahulu. Jangan terima komen yang membuka aib orang lain.

Kalau benda tu betul, kita seolah-olah bersubahat membuka aib orang, dan kalau benda tu tak betul, kita seolah-olah bersubahat membuat fitnah ke atas orang lain.

Semalam saya menerima komen yang sangat ‘panas’ daripada seorang pembaca di blog SMART.

Jadi, saya telah edit terlebih dahulu sebelum approve.

Meremang bulu roma bila dapat komen di atas

Sama-samalah kita menjadi blogger yang tidak meletakkan gambar atau cerita yang membuka aib orang lain.

Jangan sampai kita mendapat dosa berpanjangan daripada blog kita.

Baby Ali Tidur

20120205-160446.jpg

Sayang sangat kat budak kecik ni!

Tips Membanyakkan Like Di Facebook Page

Beberapa bulan yang lepas saya telah menghadiri seminar media sosial untuk perniagaan oleh Irfan Khairi.

Antara tips yang dia bagi..

1. Buat landing page.

Landing page ni adalah akan dilihat oleh orang yang belum Like page kita. Fungsinya adalah untuk terangkan apakah yang pelawat akan dapat apabila mereka Like page kita.

Contoh landing page saya

Kalau nak tengok landing page in action, boleh ke sini.

2. Banyak bagi informasi.
3. Selalu update page (at least 3 kali iaitu pagi, tengahari dan petang)
4. Selalu promote kat profile supaya rakan-rakan FB like page kita.
5. Iklan kat FB.
6. Jangan tulis status sahaja. Kena pelbagaikan dengan gambar dan video.

Selain tu, boleh juga letak Likebox di sidebar atau di bawah setiap post.

Boleh juga gunakan widget Facebook Page Promoter Lightbox. Untuk maklumat lanjut tentang widget ni, boleh klik di sini.